Thursday, September 25, 2014

Don't Let Fear Paralyze You (quoted from richdad.com)

One of the biggest obstacles in becoming an entrepreneur is fear. Think you are not afraid? Do you keep searching for the right opportunity but just can’t find the perfect deal? That’s fear. Your aversion to risk keeps you in constant analysis and research. This is commonly referred to as analysis paralysis. When this happens, you may end up doing nothing. Don’t let fear or perfection paralyze you.
Matt Clark, our featured entrepreneur guest these last few blogs, has this to say about perfection:
When trying to develop the “entrepreneur mindset” you must stop trying to be perfect. Frequently, if you haven’t achieved a goal it’s because you’re trying to do the perfect action or take the perfect path to achieving that goal.
The problem with this is that you don’t know what the perfect path is or else you would have already taken it. Being perfect leads to the perfect way to fail… doing nothing. The only way to make sure that you get anything done is by not trying to be perfect. Instead focus on taking action. Take that leap of faith, or take a lot of little hops of faith.
Don’t reflect too much on whether what you’re doing is perfect. If you experience a setback, the fastest way to get back on your feet emotionally is to take more action.
When you start taking action, and you stop reflecting on whether that action is perfect, you stop reflecting on your current situation. In order to take that new action, you actually have to focus on it, which means that your focus is not on the negatives of the current situation or how much stuff you have that you don’t like or don’t want. Your focus is on actually doing those new, positive action items.
Matt is right. Perfection is the enemy of motion. Perfection stops entrepreneurship. That is not to say there is no need for setting high standards and going out and achieving them. What we are saying is that too much focus on being perfect leads to inaction and focusing on the wrong things. Too much focus on perfection is usually a subconscious focus born out of fear.
You have your left brain—the logical, analytical, practical side of your world – which is usually where the need to be perfect lives. And you have your right brain—the creative, innovative, intuitive part of your world. And then you have the physical, the spiritual, and everything in between. Rising to meet your financial dreams takes all of it. It takes all of you. Just be careful not to let the desire for perfection ruin your dream of being an entrepreneur.

Saturday, September 20, 2014

FILEM KITA, WAJAH KITA

Dua hari kebelakangan ini saya telah terpedaya untuk menonton 2 buah filem Hindustan yang mengarut sehingga tamat. Kenapa mengarut?

Namun, terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembekal siaran tv berbayar yang memberikan siaran percuma (dalam tempoh terhad yang berakhir pada 18 September 2014), sempena pelancaran saluran filem-filem keluaran Bollywood yang semestinya dipasarkan sebagai filem berkualiti lalu membuatkan saya tertarik untuk merakamkan beberapa filem ke dalam konsol dekoder siaran tv berbayar tersebut supaya saya dapat menontonnya di kemudian hari setelah tempoh siaran percuma tersebut tamat.

Berbalik kepada kekarutan kedua-dua filem Hindustan tersebut, apabila masuk sepertiga ke dalam premis filem-filem tersebut, plot cerita yang dijanjikan kelihatan sangat karut.

Filem pertama berkisar tentang seorang belia berusia 27 tahun (atau 28 tahun, saya kurang pasti) yang hidup bebas dan gembira sebagai seorang teknokrat di Jepun, dilantik menjadi Perdana Menteri India setelah terpaksa memenuhi wasiat ayahnya, yang merupakan Perdana Menteri India ketika kemangkatannya. Dia mempunyai teman wanita yang sangat menawan (antara sebab saya terpaku untuk menontonnya pada awal cerita) yang telah tinggal bersamanya selama 3 tahun tanpa ikatan perkahwinan dan dari situ, telah saya jangkakan satu plot cerita gila-gila remaja (atau belia) akan disajikan di sepanjang filem tersebut.

Filem kedua pula, saya terpengaruh kerana pelakon utamanya adalah Amitabh Bachchan. Pastinya hebat fikir saya ketika menekan butang merakam pada alat kawalan jauh. Walaupun saya sedar ia adalah susulan kepada cerita komedi hantu dan pastinya berbentuk hiburan ringan, namun dalam ingatan samar-samar saya, filem pertama tersebut ada menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi di dalamnya.

Seperti filem pertama yang saya coretkan tadi, sepertiga ke dalam tontonan saya, premis filem menceritakan bahawa watak hantu yang dilakonkan oleh Amitabh akan bertanding dalam plihanraya kecil untuk kawasan setinggan di dalam cerita itu. Ya, hantu akan bertanding di dalam plihanraya. Kekarutan apakah ini?

Tetapi saya menontonnya juga sehingga tamat. Kenapa?

Secara kebetulan, atau mungkin memang pujian patut diberikan kepada penjaga saluran Bollywood ini yang berjaya menyatukan kedua filem ini sebagai sajian awal kepada bakal-bakal pelanggan baru mereka, kedua-dua filem ini membawa tema yang sama. Kedua-duanya mengisahkan perihal keadaan politik semasa di India - secara satirikal yang sangat matang.

Di dalam filem pertama, setelah melepasi fasa permulaan dalam menyesuaikan diri dengan jawatan tertinggi yang disandangnya, Perdana Menteri tersebut telah mula lebih bertanggungjawab terhadap tugasnya. Dia mula sedar, ada pegawai-pegawai kanannya yang begitu pasti menunggu saat kejatuhannya (akibat prasangka stereotaip mereka iaitu orang muda sangat mentah dalam berpolitik), umpama burung pembangkai yang menunggu kematian seekor haiwan lain.

Maka, atas panduan rakan ayahnya yang sangat dipercayai, dan juga dalam ingatan terhadap didikan ayahnya, Perdana Menteri ini telah mengatur langkah-langkah bijak yang  mungkin kurang popular tetapi sangat penting dalam memastikan dia masih kekal berkuasa dan seterusnya dapat melaksanakan visi pembaharuannya.

Disebabkan usianya yang muda, dia ada mengutarakan beberapa pembaharuan di dalam polisi kerajaan sedia ada dari sudut pandangan seorang belia, yang mana cadangan itu tidak diterima dengan baik dari ahli-ahli partinya yang tegar dengan sistem lama kerana bagi mereka, pembaharuan itu hanya akan merugikan pendapatan kerajaan.

Seperti biasa dalam mana-mana sistem politik di dunia ini, pasti ada percaturan pergerakan politik dalam perebutan kuasa. Aspek ini tidak terlepas dari digambarkan di dalam filem ini namun apa yang begitu menarik perhatian saya adalah bagaimana secara halusnya filem ini ingin menggambarkan bahawa anak-anak muda di India sudah mengalami perubahan zaman menjadi lebih terbuka dan liberal. Di dalam satu adegan, dia perlu berdepan dengan cemuhan apabila perihalnya bersekedudukan dengan teman wanitanya tanpa ikatan perkahwinan diketahui ramai. 

Di sepanjang filem, ada diselang-selikan temubual wartawan dengan orang ramai (ala-ala dalam berita) mengenai pendapat mereka sebagai orang awam berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh Perdana Menteri tersebut, termasuklah berkenaan isu dia bersekedudukan dengan teman wanitanya. Untuk nampak tidak terlalu menyebelah kepada arus pemikiran liberal, pembuat filem menunjukkan terdapat pelbagai pendapat - dari pihak yang boleh menerima perihal seperti itu dan masih ramai juga, terutama di perkampungan, yang masih berpegang kuat pada tradisi.

Pada pendapat saya, apa yang membawa kepada titik peralihan kritikal ialah penyampaian melalui medium filem ini sahaja telah memberi satu isyarat bahawa India bukan lagi sebuah negara yang berfikiran sempit seperti yang sering digambarkan melalui berita mengenai pertelingkahan akibat perkahwinan antara kasta, layanan rendah terhadap kaum wanita, isu rogol (negara ini pun tidak kurangnya!) dan sebagainya.

Akhirnya, melalui langkah-langkah pembaharuan yang diperkenalkan, walaupun kurang popular di kalangan golongan elit dan ahli parti, tetapi memang berorientasikan pada kepentingan rakyat, memastikan kemenangan akhirnya milik dia.

Ketika menonton filem kedua pula, setelah beberapa ketika membuatkan saya terus tertanya, apakah yang sedang berlaku di India ketika ini? Kini hantu pula hendak bertanding dalam pilihanraya? Wakau bagaimanapun, filem ini telah mengupas dengan baik mengenai undang-undang sedia ada di India berkenaan syarat-syarat untuk menjadi calon pilihanraya, maka dari sudut kekarutan sudah diberi penjelasan secara teknikal. Jadi, atas alasan apakah lagi untuk saya tidak meneruskan menonton filem ini?

Alasannya untuk bertanding adalah kerana kawasan itu hanya mempunyai calon tunggal akibat penindasan (berbentuk ugutan, rasuah dan pembunuhan) yang dilakukan terhadap calon-calon lain yang ingin bertanding. Maka, jika diletakkan hantu sebagai pencabar, bagaimana calon tunggal itu hendak menindasnya? Masuk akal juga argumen mereka ini. Maka, saya teruskan lagi menonton.

Terdapat satu adegan yang begitu terkesan bagi saya apabila hantu tersebut berkunjung ke balai polis bagi mendapatkan pengesahan bebas jenayah sebagai memenuhi salah satu syaratnya untuk bertanding. Setelah selesai berurusan dan si hantu beredar dari balai, si ketua bertanya kepada prebetnya, tidakkah dia nampak kelibat hantu itu ketika ia masuk ke dalam balai? Lalu dijawab si prebet, bagaimana hendak dia nampak? Kerana sebagai seorang penguatkuasa undang-undang, undang-undang yang dikuatkuasakan itu sendiri adalah buta! Alangkah sinisnya jenaka itu dan terus membuatkan saya tertanya adakah mampu filem kita menyindir kelemahan sistem kita sebaik ini?

Saya tidak ingin mengulas lanjut secara literal mengenai plot filem ini namun apa yang dapat saya serap adalah betapa sinisnya pembuat filem di India dalam menggambarkan senario politik semasa negara mereka seperti kegagalan dalam menunaikan manifesto pilihanraya sehingga memaksa penglibatan hantu dalam menguruskan pentadbiran manusia. Dan ada babak yang sangat sesuai menggambarkan istilah ‘pengundi hantu’, di mana ada hantu yang tidak didaftarkan kematian mereka, maka nama mereka digunakan orang berkepentingan sebagai pengundi berdaftar di tempat lain.

Satu persamaan ketara yang saya dapat lihat di dalam kedua-dua filem ini adalah berkenaan tahap kesedaran kepentingan rakyat untuk keluar mengundi. Digambarkan, terdapat peratusan rakyat yang besar dan yang layak tetapi tidak keluar untuk mengundi, di mana akhirnya tidak akan membawa sebarang perubahan, walau bagaimana sekalipun calon yang baik itu berkempen untuk melakukan yang terbaik.

Seperti yang ditunjukkan di dalam filem kedua, demi menunjukkan betapa pentingnya walau hanya satu suara pengundi berdaftar, si hantu berlagak tidak terdengar satu soalan mudah yang diajukan seorang lelaki yang belum mendaftar sebagai seorang pengundi, walaupun diulang berkali-kali dengan nada yang lebih kuat. Ini menunjukkan betapa pentingnya satu langkah kecil tersebut iaitu dengan menjadi seorang pengundi berdaftar dan seterusnya, dengan keluar mengundi, kita sebenarnya telah menyuarakan keinginan kita melalui saluran yang paling sah dan sangat berkuasa dalam menentukan arah tujuan sesebuah negara.

Teringat saya menonton sebuah filem dari negara jiran kita Indonesia iaitu Alangkah Lucunya Negeri Ini. Filem itu juga banyak menyindir secara sinis dan satirikal mengenai senario politik semasa Indonesia. Saya terkedu dalam tidak sedar, dua negara yang sering dipandang lebih rendah dari negara kita dari sudut kemajuan berjaya menghasilkan filem-filem sebaik ini.

Ketika musim hari kemerdekaan yang baru berlalu, saya ada terlihat di laman sosial saya perkongsian mengenai perbandingan tajuk-tajuk filem yang ditayangkan sekitar musim kemerdekaan antara negara kita dan Indonesia, kerana kedua-dua negara ini berkongsi bulan yang sama dalam meraikan hari kemerdekaan mereka. Dari situ sahaja, kita sudah ada jawapan yang membimbangkan.

Pernah saya dengari, kata-kata indah industri perfileman kita, “Filem Kita Wajah Kita”. Dengan lambakan filem-filem rempit, menjerit, gangster yang menggunakan bahasa paling pasar yang boleh dijumpai di dalam kamus terbitan Dewan Bahasa sebagai tajuknya, maka terimalah bahawasanya itulah yang mencerminkan wajah negara kita sekarang.